Monday, January 29, 2018

hai


assalamualaikum...


baru masuk 5 minggu sekolah..tapi rasa macam dah 3 bulan... sejak hari pertama sekolah sampai sekarang tidur tak lebih 5 jam. kalau dulu aku kurang tidur 2 hari badan dah bagi respon macam komputer nak habis bateri..kebas semacam..pening lalat...tapi kali ni 5 hari tidur 3 jam  badan aku steady lagi..muka je la dah ponti. Risau, stress, susah hati , sakit hati semua ada lah..tapi aku sendiri yang cabar diri aku ambil task ni..aku tanggung takpe. tapi bila dalam satu masa ada 10 task kena settle u all rasa aku boleh tidur ke? uhukkk

i miss my bed soooo muchhhh

sampai satu tahap aku rasa kaki dan tangan aku terikat kat meja menghadap laptop ditimbuni fail sekolah. what a life ?! i think  i can do it just fine but sometimes i need to talk to others about my feeling. i feel good if people can listen and understand all the burden inside of me but it getting worse if people think it not really big deal or just bear with it. i would like to keep all the problem to myself but it also make me want to do something bad. like toreh my skin, or merokok or hantuk kepala ke dinding.. aku terpikir semua tu sebab tak tahan beban kerja tanggung dalam kepala. korang akan tanya kenapa tak buat benda sihat..pergi berjalan jalan ambil udara segar or whatsover..my dear i dont have time to do that anymore.. setiap hari aku berharap aku dapat tidur masa yang lama tanpa ada satu perkara kerja pun dalam kepala aku. kesan besar daripada stress ni berat aku naik dan terus naik sebab tidur tak cukup, makan pun tunggang langgang tak sedar telan ke kunyah. kalau buat bisnes ke untung dah juta juta kot hahahah...minggu ni rasa ok sikit mungkin dah sampai tahap lantak kau la kerja! aku buat ke tak buat ke tetap kena berjaga sampai 3 pagi.


aku overstress mungkin disebabkan aku baru pegang kelas perdana. aku belum mahir penulisan rph+buku teks+rpt+dskp semua tu. ye dapat subjek senang tapi semua tu kena be prepared bukan masuk kelas cakap je..dapat pulak tahun 1 tahun ni semua aktif tak boleh duduk diam. kena perah tenaga control kelas. nak rotan tak boleh apa pun tak boleh jadi aku guna kuasa veto aku je la.
tugas sampingan pun kena jalankan jugak su kuri, su upsr/saps, su sukan, penyelaras 3K, penyelaras keselamatan sekolah, penyelaras permata pintar, ketua panitia...masa mengajar 33 waktu.. pegang 2 jawatan baru itu yg agak huru hara sikit hidup.

alhamdulillah dapat menikmati pemandangan ni. ini di kampung tasek tau. nampak cantik tapi dah ragut banyak nyawa.banyak kisah mistik kat sini. aku tersadai kat sini sebab jaga checkpoint merentas desa.

2 minggu lepas aku ke klang dengan famili untuk kenduri kawin sepupu aku. akhirnya dapat jugak aku keluar melihat dunia selain sekolah.






 hmmm aku nak pakai alas meja glitter camni gak ah

 10 jenis air, manisan, nasi arab perghhh



comel sangat majlis ni ..nak beli karpet rumput gak ah letak dalam rumah. pengantin pun comel soobb.


aku tak ada benda lain nak update dalam kehidupan seharian selain fail buku sekolah jadi aku up kan gambar makanan sebab ye la aku stress kan jadi benda yang boleh hilang stress bg aku ialah makanan. hilang sekejap je la sebab lepas tu stress tengok seluar tak muat.



sedap betul aiskrim ni..rasa isi durian tak macam aiskrim lain nama durian tapi bau je durian rasa tak dak. kcik macam ni harga rm5.80 huhu.beli di kedai halal apatah di tanjung malim.sebelah taman slim.


 sebenarnya aku berangan nak lepak coffe bean di aeon taiping sebab situ tak ramai orang. bila aku dah plan cenggitu tuptup  coffe bean tu tutup wehhhh...tak leh survive kot sewa mahal. bukan selalu orang p situ. selalu penuh starbuck ja.

minggu pertama mengajar tahun 1 program transisi aku tak boleh control air muka aku. aku kena komplen aku tak tegas dengan murid tahun 1 (plus diorang sangat bising) but nak buat camana weh basic aku pemulihan khas. aku kena layan budak baik2 lagi2 budak pemulihan bermasalah..so aku bawa la sikap tu ke tahun 1 memang melampau la budak2 tu. akhirnya aku bertukar garang dah tu pulak jaga kelas tahun 1 dari pagi ke tengah hari mau tak muka aku kena berkerut ..dan aku tak sengaja bawa muka berkerut aku ke shopping mall. makan ni pun muka berkerut.


kelas pun serabai lagi ... pelan2 lah ye..aku pun tak berduit nak hias kelas lawa2.. kalau ada duit pun aku tak da masa nak tengok kelas..tengok fail pun nak muntah.



ok bye. sambung kerja






No comments: